Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tebusan Kanada dipenggal

10:16am 27/04/2016 Pak Roshan 15776 views Global
JOHN Ridsdel (kanan) dan Robert Hall dalam satu video yang disiarkan oleh militan Abu Sayyaf.

JOHN Ridsdel (kanan) dan Robert Hall dalam satu video yang disiarkan oleh militan Abu Sayyaf.

Manila: Tentera Filipina berdepan dengan lebih tekanan semalam untuk menyelamatkan 22 tebusan warga asing selepas kumpulan militan Abu Sayyaf memenggal kepala seorang lelaki warga Kanada.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengutuk pembunuhan kejam John Ridsdel dan berjanji membantu Filipina memburu kumpulan berkenaan.

“Ini adalah satu pembunuhan kejam dan kumpulan yang menculik mangsa perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” kata Trudeau.

Kepala Ridsdel ditemui di dalam beg plastik yang dibuang sekumpulan lelaki bermotosikal di Jolo di wilayah Sulu pada malam kelmarin.

Militan Abu Sayyaf dan kumpulan bersenjata lain dipercayai menjadikan 22 warga asing dari enam negara termasuk Malaysia dan Indonesia sebagai tebusan di kawasan hutan tebal di Sulu.

Ridsdel berusia dalam lingkungan 60-an bersama rakan senegara, Robert Hall, lelaki warga Norway, Kjartan Sekkingstad dan seorang wanita tempatan diculik di Pulau Samal di selatan Filipina, tujuh bulan lalu.

Dalam satu rakaman video yang disiarkan Abu Sayyaf di Internet baru-baru ini, Ridsdel berkata, penculik akan membunuhnya pada 25 April ini sekiranya wang tebusan AS$6.4 juta (RM25.11 juta) tidak dibayar.

Tentera Filipina sukar melancarkan serangan besar-besaran kerana waktu ini dianggap sensitif ekoran kempen pilihan raya presiden yang sedang hangat berjalan.

“Tekanan yang dihadapi oleh pasukan bersenjata kini sangat besar.

“Pendekatan yang digunakan masih konvensional dan sebahagian besar berasingan daripada semua persoalan politik,” kata seorang penganalisis, Julkipli Wadi. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan