Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tebusan Indonesia hampir dipenggal

 Polis Filipina mengiringi Muhamad Sofyan ketika dia dibawa ke hospital di Jolo hari ini, untuk pemeriksaan selepas berjaya melepaskan diri daripada Abu Sayyaf. - Foto AFP
Polis Filipina mengiringi Muhamad Sofyan ketika dia dibawa ke hospital di Jolo hari ini, untuk pemeriksaan selepas berjaya melepaskan diri daripada Abu Sayyaf. – Foto AFP

Manila: Seorang kelasi bot tunda Indonesia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dua bulan lalu, berenang melepaskan diri sebelum ditemui penduduk tersangkut pada pukat di kawasan hutan bakau di utara Pulau Jolo, hari ini.

Mohammad Sayfan, 28, ialah seorang daripada tujuh kelasi bot tunda yang diculik kumpulan militan itu dekat sempadan Filipina Jun lalu.

Menurut jurucakap tentera Filipina, Mejar Filemon Tan, Abu Sayyaf dikatakan sudah hendak memenggal kepalanya sebelum lelaki berkenaan berjaya melepaskan diri menuju ke laut dan berenang.

“Kami tidak mempunyai maklumat mengenai tahanan lain namun tentera di kawasan itu sudah diarah melakukan apa saja untuk mengesan dan menyelamatkan mereka,” katanya.

Abu Sayyaf masih menahan 16 lagi tebusan asing tahun ini, termasuk sembilan rakyat Indonesia dan lima rakyat Malaysia untuk menuntut wang tebusan. Seramai 10 tebusan sudah dibebaskan selepas wang tebusan dibayar dan setakat ini, sudah 24 rakyat Indonesia diculik kumpulan itu.

Filipina atas arahan Presiden meningkatkan operasi ketenteraan bagi menghapuskan sepenuhnya Abu Sayyaf yang memenggal dua tebusan Kanada beberapa bulan lalu. – Ageni/HMetro

Komen


Berita Berkaitan