Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tawi-Tawi Mahu Jadikan Sabah Rakan Kongsi Perniagaan

kk

KOTA KINABALU: Tawi-Tawi, sebuah wilayah pulau di selatan Filipina, ingin menjadikan Sabah rakan kongsi dalam perniagaan untuk memperkukuh ekonominya.

“Kami cemburu dengan Sabah dan ingin belajar dari negeri ini. Kami menginginkan perkongsian dan penglibatan Sabah untuk menjadikan Tawi-Tawi sama seperti Sandakan atau Tawau, malah Kota Kinabalu,” kata Gabenor Nurbert Sahali dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Sahali berkata lawatannya baru-baru ini ke Sabah yang berkongsi perbatasan perairan dengan Tawi-Tawi, memperlihatkan kesanggupan dan keikhlasan wilayah itu dalam hasratnya untuk mengadakan perkongsian dengan kerajaan negeri ini.

Beliau menyuarakan harapan agar dengan bantuan dan sokongan kerajaan-kerajaan dalam mekanisme Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA), sektor perniagaan akan mengambil inisiatif ini.

“Bagi pihak kami, kami akan berusaha memastikan pematuhan kami dengan syarat-syarat perundangan dan institusi.

“Kami akan juga memastikan keselamatan ahli perniagaan Sabah yang menjalankan perniagaan di Tawi-Tawi,” tegasnya.

Sahali mencadangkan agar talian komunikasi rasmi terbuka diwujudkan antara Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Pejabat Gabenor Wilayah Tawi-Tawi.

“Saya juga ingin mencadangkan supaya dikenal pasti pertubuhan perniagaan atau syarikat — yang mempunyai minat, keupayaan dan keazaman — yang akan kami iktiraf, lindungi dan sokongan dan perdagangan dan perniagaan antara Sabah dan Tawi-Tawi,” katanya.

Sahali berkata kegiatan-kegiatan berasingan harus diadakan untuk mengatasi isu-isu khusus seperti pendatang haram, jenayah rentas sempadan dan keselamatan.

Gabenor itu mempelawa dewan-dewan perniagaan Sabah menghadiri Persidangan Perniagaan Antarabangsa Wilayah Autonomi Islam pertama Mindanao (ARMM) di Bongao, Tawi-Tawi pada 17 dan 18 Jun ini.

Komen


Berita Berkaitan