Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tawfiq: Semua pihak perlu bekerjasama menbangunkan bolasepak Sabah

8:05pm 30/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 64 views Sukan,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
Tawfiq melihat aksi para pemain muda bermain bola. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tawfiq melihat aksi para pemain muda bermain bola. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Datuk Tawfiq Hj Abu Bakar Titingan menyeru kepada semua pihak agar memberi perhatian dan menyumbangkan terhadap perkembangan pemain-pemain muda di negeri ini sebaik sahaja mereka menamatkan persekolahan

Beliau yang merupakan Menteri Belia dan Sukan Sabah menyarakan agar semua pihak termasuk Persatuan Bolasepak Negeri dan Jabatan Pendidikan agar mewujudkan pangkalan data pemain- pemain muda berbakat khususnya yang belajar di luar Sabah.

“Pangkalan data tersebut amat penting sebagai rujukan para pemain apabila terdapat keperluan dalam membentuk pasukan negeri masing-masing pada masa hadapan disamping dapat membantu kita untuk mengesan pemain-pemain tersebut apabila mereka menamatkan alam persekolahan nanti”, ujar beliau.

Tawfiq berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Program Pembangunan Bolasepak TABS Safa Bandaraya tajaan CIMB Foundation di Kompleks Sukan Likas, pagi tadi.

Menurut Tawfiq, pelancaran program pembangunan TABS Safa Bandaraya dengan kerjasama pihak penaja CIMB Foundation adalah satu permulaan yang baik bagi para pemain muda di negeri ini.

“Bakat para pemain muda bolasepak negeri ini dapat diasah dan digilap menerusi perlaksanaan Program Pembangunan Bolasepak TABS Safa Bandaraya.

“Mereka yang berbakat besar dalam sukan tersebut akan diberi bimbingan serta latihan yang sempurna bagi mengembangkan lagi bakat itu.

Selain itu, para pemain yang mengikuti program tersebut adalah kanak-kanak berumur tujuh tahun hingga belia berusia 18 tahun. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Tawfiq melihat aksi para pemain muda bermain bola. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tawfiq (tengah) bersama pengurus-pengurus TABS SAFA. Foto oleh Alex Mairin/ Sayang Sabah

Tawfiq (tengah) bersama pengurus-pengurus TABS SAFA. Foto oleh Alex Mairin/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan