Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tawfiq menyokong penuh kepimpinan Najib dan Musa

4:11pm 01/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 40 views Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
Tawfiq (kanan) menyampaikan sumbangan kepada ahli cawangan

Tawfiq (kanan) menyampaikan sumbangan kepada ahli cawangan

TAWAU- Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar menzahirkan sokongan tidak berbelah bagu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

Katanya, kesungguhan kedua-dua pemimpin tersebut dalam usaha membangunkan negara dan negeri ini dalam pelbagai bidang perlu diberikan sokongan berikutan komitmen mereka yang amat tinggi.

Tawfiq turut menyeru kepada seluruh ahli UMNO di semua peringkat harus bersama membantu dan menyokong kepimpinan Najib dan Musa demi kesinambungan pembangunan negara.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Cawangan Kampung Titingan Blok 9 di Kampung Titingan di sini.

Turut hadir, Ketua Cawangan Kampung Titingan Blok 9, Arbine Abu.

Dalam pada itu, Arbine turut sama menzahirkan sokongan kepada kepimpinan negara iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

“ Saya juga ingin melahirkan sokongan penuh kepada kepimpinan Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan,” katanya.-SayangSabah

Tawfiq (tengah) menyampaikan amanat sempena Mesyuarat Cawangan Kampung Titingan Blok 9, Kampung Titingan, disini.

Tawfiq (tengah) menyampaikan amanat sempena Mesyuarat Cawangan Kampung Titingan Blok 9, Kampung Titingan, disini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan