Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tawau Lokasi Pertama Penyerahan Kunci Rumah PPA1M

7:03pm 07/08/2016 Pak Roshan 493 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

Rumah-PPA1M

TAWAU – Tawau menjadi lokasi pertama majlis penyerahan kunci rumah kepada pembeli di bawah program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata daerah itu mendahului kawasan lain berikutan projek berkenaan siap dua tahun lebih awal daripada yang dijangkakan pada 2018.

Beliau berkata 100 unit rumah di Tawau itu berkeluasan 1,800 kaki persegi dengan tawaran harga tidak melebihi RM300,000 melibatkan pembeli dalam kalangan penjawat awam daripada pelbagai agensi.

“Sepatutnya, majlis penyerahan kunci rumah pertama untuk projek ini dilakukan di Putrajaya pada Disember ini atau Januari tahun depan melibatkan lebih 3,000 unit.

“Namun, Tawau mendahului. Tahniah diucapkan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian dan penyerahan kunci PPA1M Bandar Sri Indah di sini.

Mengulas lanjut, Ali berkata pihaknya juga bercadang dan telah berunding dengan pemaju untuk tambahan 200 unit PPA1M di Tawau.

Beliau berkata jumlah pembinaan rumah PPA1M yang disasarkan di Sabah adalah sebanyak 7,000 unit. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan