Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Tawaran mengarut’

mengarut

KUALA LUMPUR: “Bukan saja gadis Syria, malah nak berkahwin dengan gadis Mesir sekalipun bukan mudah kerana kosnya tinggi. Jadi, ini semua bohong dan mengarut.”

Itu kata Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari mengenai iklan tawaran harga murah untuk lelaki Malaysia berkahwin dengan gadis Syria yang melarikan diri ke Mesir akibat pergolakan di negara mereka.

Iklan itu tersebar luas dalam kalangan pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp di negara ini yang memaparkan wajah empat gadis jelita didakwa dari Syria, kononnya sedia untuk dikahwini dengan bayaran cuma RM4,420.

Antara maklumat yang tertera di iklan berkenaan, semua gadis itu kini berada di beberapa masjid sekitar Kaherah, Mesir dan mana-mana lelaki Malaysia yang berminat mengahwini mereka boleh menghubungi Ustaz Azizul dengan nombor telefon disediakan.

Ku Jaafar berkata, iklan tawaran berkahwin dengan gadis Syria pernah tersebar di laman sosial Jun tahun lalu, dan kini ia sekali lagi berlaku dalam kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia.

Komen


Berita Berkaitan