Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,755

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tawar diri jadi sasaran memanah untuk biayai rawatan adik

8:52am 27/05/2016 Pak Roshan 54 views Global
GAMBAR kiri, Ji bersama adiknya yang menghidap barah. Gambar kanan, Ji menawar diri untuk dijadikan sasaran memanah.

GAMBAR kiri, Ji bersama adiknya yang menghidap barah. Gambar kanan, Ji menawar diri untuk dijadikan sasaran memanah.

Beijing: Seorang wanita menawarkan dirinya menjadi sasaran memanah sebagai cara untuk memungut derma bagi membantu membiayai rawatan adiknya yang menghidap barah.

Ji Jianli baru-baru ini dilihat berdiri pada tembok sebuah bangunan dengan sekeping kadbod berhampirannya bertulis: “Sasaran manusia. 10 yuan (RM1.30) setiap anak panah.”

Ji bagaimanapun ditahan sebelum diusir oleh polis dari lokasi di Dataran Wulian di wilayah Hangzhou itu selepas orang ramai yang mengesyaki dia cuba menipu, membuat laporan.

Apabila dijejaki wartawan dan disoal mengenai tindakannya menawarkan peluang kepada orang ramai memanahnya, Ji berkata, ia usaha terdesak untuk mendapatkan tumpuan media bagi memungut derma untuk adiknya.

Keluarganya kini menanggung hutang yang banyak sejak adiknya menghidap barah beberapa tahun lalu dan kos rawatan itu mencecah 500,000 yuan (RM68,200).

Keadaan menjadi lebih teruk kerana dia dan ibunya sahaja yang bekerja selepas bapanya meninggal dunia tahun lalu.

Usaha mendapatkan bantuan orang ramai menerusi akhbar sebelum ini gagal.

Sejak kisahnya menawarkan diri menjadi sasaran memanah menjadi viral, ramai yang bersimpati dengan nasib keluarganya mula menderma. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan