Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tauke Sawit Hadapi Tuduhan Gubah Wang Haram RM9j

7:25pm 21/09/2016 Pak Roshan 1199 views Jenayah,Mutakhir

apek

KENINGAU – Seorang ahli perniagaan yang memiliki sebuah syarikat kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Keningau, Sabah atas tuduhan menerima wang berjumlah RM8,996,000.

How Kim San, 55, dituduh menerima wang berjumlah RM8,996,000 melalui enam keping cek yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 29 Mei 2013 hingga 23 September 2013 di sini.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ini merupakan pertuduhan kedua terhadap How selepas dia bersama bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (SLDB), [email protected] Majid, 63, yang masing-masing didakwa melakukan pecah amanah dan bersubahat melakukan pecah amanah di Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu, semalam.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin tempatan.

Kes tersebut akan dibicarakan pada 27 Oktober bersama-sama pertuduhan terhadap How dan George di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.

Pendakwaan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam Sugumar Balakrishnan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan