Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Taufan Sarika dikesan 1,405km ke barat laut Kudat

1:27pm 18/10/2016 Pak Roshan 1364 views Mutakhir,Nasional

kudat

KUALA LUMPUR: Taufan Sarika dikesan pada latitud 18.2 utara; longitud 111.0 timur, pada jam 5 pagi ini, 1,405 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah, dengan pergerakan ke arah barat dan barat laut dengan kelajuan 15 km sejam (km/j).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web yang dikemas kini jam 7.02 pagi ini memberi amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua, ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada jam 10.31 malam, 13 Oktober lalu.

Sehubungan itu, jabatan berkenaan meramalkan angin kencang barat daya dengan kelajuan 50-60 km/j dan ombak mencapai ketinggian hingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Phuket, Reef North, Layang-Layang dan Palawan hingga Khamis ini.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu melaporkan ribut petir di perairan Selat Melaka Utara dan Reef South dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Keadaan itu, katanya, boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.

Sementara itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 km/j dan ombak mencecah 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan) hingga Khamis ini.

“Pada masa sama, kejadian air pasang besar yang signifikan juga berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang akan mendedahkan kawasan perairan ini kepada kenaikan paras air laut hingga esok,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan