Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taufan Rammasun menuju arah barat daya laut Sabah

rommansun ke sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Palawan dan Reef North yang dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan berkenaan disebabkan Taufan Rammasun yang dikesan 991 kilometer ke barat laut Kudat, Sabah dan sedang bergerak ke arah barat daya laut.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang bertiup selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan situasi tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil serta rekreasi laut.

Menurut kenyataan itu lagi keadaan ribut petir di perairan Bunguran, Reef North dan Reef South pula dijangka berterusan sehingga lewat pagi esok.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang sehingga 50 km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.

Komen


Berita Berkaitan