Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taufan Rammasun kini ragut 27 nyawa di Filipina

27 maut taufan rammasun

MANILA: Angka kematian akibat taufan pertama pada musim tengkukuh di Filipina kini melonjak kepada 27 orang hari ini, dengan berjuta penduduk di ibu negara Manila dan di kawasan lain terputus bekalan elektrik untuk hari kedua.

Taufan Rammasun yang kini sedang menghala ke Laut China Selatan, membadai Manila dengan menumbangkan pokok dan stesen janakakuasa elektik dengan pihak berkuasa masih bertungkus-lumus untuk memulihkan bekalan.

Ketua Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan, Alexander Pama, mengesahkan setakat lewat semalam, 20 orang terbunuh namun menjangkakan jumlah kehilangan akan meningkat lagi.

“Kebanyakan mereka yang terkorban akibat terkena pokok tumbang dan sisa yang berterbangan,” katanya kepada stesen televisyen ABS-CBN.

Majlis berkenaan menyenaraikan lima orang masih hilang manakala tujuh cedera.

Sementara itu, pejabat gebenor di luar Manila melaporkan tujuh kematian dan ia tidak termasuk dalam angka yang dikeluarkan Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan.

Taufan berkenaan membadai Filipina, Selasa lalu sebelum melintasi kepulauan utama Luzon dan beralih ke sebelah selatan ke Laut China Selatan, lewat semalam. – AFP

Komen


Berita Berkaitan