Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Taufan Melor landa Filipina

8:49am 15/12/2015 Pak Roshan 47 views Global
PENDUDUK menunggu giliran menaiki trak tentera untuk dipindahkan ke kawasan selamat di Legazpi City, semalam.

PENDUDUK menunggu giliran menaiki trak tentera untuk dipindahkan ke kawasan selamat di Legazpi City, semalam.

Manila: Lebih 700,000 penduduk di tengah Filipina terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat kerana bimbang Taufan Melor yang melanda negara itu semalam mencetuskan ombak gergasi, banjir kilat dan tanah runtuh, kata pegawai.

Melor dengan kekuatan angin 185 kilometer sejam melanda Samar bahagian utara Filipina, sebuah kawasan pertanian dengan 1.5 juta penduduk pada awal pagi semalam.

Biro kaji cuaca Filipina berkata, buat masa ini tiada kemalangan jiwa dan kerosakan dilaporkan.

Samar antara wilayah paling teruk dilanda Taufan Haiyan pada 2013 apabila ombak gergasi melanda keseluruhan komuniti menyebabkan kira-kira 7,350 orang maut atau hilang.

Pihak berkuasa memberi amaran, angin kuat dari Taufan Melor mungkin mencetuskan ombak setinggi empat meter dan boleh menerbangkan bumbung kediaman.

Tambahnya, hujan lebat juga boleh menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan berisiko tinggi.

Di wilayah Albay di pulau Luzon, hampir 600,000 penduduk dipindahkan kerana bimbang hujan lebat boleh menyebabkan tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Gunung Mayon.

Jurugambar AFP melaporkan, penduduk yang membawa beg pakaian dan botol air menaiki trak tentera untuk dipindahkan di Legazpi City selepas siren pemindahan dibunyikan.

“Seluruh wilayah ini menjadi bandar hantu selepas kami menutup semua aktiviti termasuk sekolah dan kilang,” kata Gabenor Albay, Joey Salceda kepada stesen televisyen, ABS-CBN.

Melor dijangka melintasi tengah Filipina sehingga awal pagi ini sebelum menuju ke Laut China Selatan di barat negara itu. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan