Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taufan Katie mengganas di UK

Pemandu kereta ini terselamat selepas keretanya terbabas akibat angin kencang dan jalan licin di Worcestershire. - Foto Daily Mail
Pemandu kereta ini terselamat selepas keretanya terbabas akibat angin kencang dan jalan licin di Worcestershire. – Foto Daily Mail

London: Taufan Katie membawa angin selaju 170 kilometer sejam yang melanda Britain memaksa lebih 100 penerbangan dibatalkan serta 2,000 rumah terputus bekalan elektrik selain kerosakan lain hari ini.

Kira-kira 130 penerbangan di Lapangan Terbang Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di dunia dibatalkan dengan banyak penerbangan lain ditangguh atau dilencongkan akibat taufan yang melanda selatan England menyebabkan banyak pokok tumbang serta bumbung bangunan dan rumah rosak

Kira-kira 20 penerbangan di Lapangan Terbang Gatwick di London juga dibatalkan dengan empat penerbangan dilencongkan.

Jabatan Meteorologi Britain merekodkan angin selaju 170 kilometer sejam yang dibawa taufan itu.

Jambatan bagi menyeberang Sungai Thames di selatan England serta Jambatan Severn menghubungkan England dengan Wales juga ditutup.

Kira-kira 2,000 rumah di Sussex, Surrey dan Kent terputus bekalan elektrik – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan