Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taufan Halong membadai barat Jepun

typoon

TOKYO: Taufan Halong membadai barat Jepun hari ini selepas agensi cuaca negara itu mengeluarkan amaran bahaya berikutan ribut yang melanda barat daya negara berkenaan.

Taufan kuat itu mula melanda wilayah Kochi di kepulauan Shikoku pada kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan semalam (kira-kira 3 pagi waktu Malaysia), kata Agensi Meterologikal Jepun.

Lewat malam tadi, agensi berkenaan mengeluarkan amaran bahaya untuk wilayah Mie, kira-kira 300 kilometer di barat Tokyo ketika ribut melanda beberapa kawasan di barat daya Jepun.

Amaran itu bermakna ribut berkenaan boleh menimbulkan ancaman terhadap kehidupan penduduk dan mengakibatkan kerosakan besar, kata agensi berkenaan.

Agensi itu menyatakan paras hujan yang dipantau di wilayah Mie tidak pernah berlaku sebelum ini dan boleh mengakibatkan tanah runtuh atau banjir besar. – AFP

Komen


Berita Berkaitan