Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tatu bantu polis buru suspek penjenayah

8:43am 11/03/2016 Pak Roshan 11 views Global
Thammavong

Thammavong

Sacramento (Amerika Syarikat): Seorang penjenayah menjadi suspek paling mudah dikenal pasti pihak berkuasa kerana mempunyai tatu yang pelik pada wajahnya.

Khamprasong Thammavong, 33, diburu pihak berkuasa selepas polis menemui sejumlah senjata api dan dadah di kediamannya di sini baru-baru ini.

Thammavong pernah dipenjara atas kesalahan dadah dan penemuan itu menyebabkan dia menjadi buruan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Thammavong ditangkap tidak lama selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Jurucakap polis berkata, lukisan tatu pelik pada muka dan leher Thammavong membantu polis mengecam suspek dengan mudah walaupun dari jauh.

“Suspek ditangkap selepas anggota polis mengecam berdasarkan tatu pada wajahnya,” katanya.

Thammavong mempunyai tulisan ‘GUCCI’ besar dicacah pada dahi dan ‘EYE’ pada bawah mata, selain lukisan serta simbol pelik pada wajahnya.

“Lelaki ini didakwa kerana memiliki raifal separuh automatik, pistol, 28 pokok ganja dan sejumlah dadah lain.

“Kami juga mengesyaki Thammavong dan beberapa rakannya terbabit dalam jenayah termasuk merompak,” tambah polis. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan