Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tatarias Si Gadis, Sederhana Sebaik-Baik Jalan

5:06pm 20/01/2016 Zakir Sayang Sabah 90 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

“Cantik betul model tu, mekap lawa. Kalau aku yang pakai entah apalah yang jadi.”

“Jadi juga. Jadi hantu. Itu semua kuasa editing dan mekap sahaja. Semua jadi cantik berlebihan.”

“Eh, hantu pula. Mekap boleh dipakai sebenarnya. Ada caranya”

Nah. Itulah antara perbualan saya dan rakan. Kelakar-kelakar juga, tetapi berisi. Sebenarnya apa definisi mekap yang benar? Adakah mekap itu memudaratkan atau ia sebenarnya pembantu bagi perempuan yang ingin berhias?

Mekap – Tatarias Yang Membantu Harian Si Gadis

Lambakan mekap di pasaran menyebabkan anak-anak gadis kita kian suka dengan tatarias. Perempuan dan kecantikan itu sinonim bukan? Pilihan demi pilihan tersedia di hadapan mata.

Cara mendapatkan pula sangat mudah, secara offline mahupun online. Klik sahaja beberapa kali, nah, tunggu 2-3 hari akan sampai di hadapan rumah.

Namun, bagaimanakah ukuran untuk seorang gadis itu memilih tatarias yang betul? Maksud betul disini adalah tatarias yang dibenarkan syariat dan kekal bersederhana.

Tidak pula menyebabkan seseorang itu menjadi “orang lain” sehingga membuatkan orang lain tidak mengenali dirinya ataupun menimbulkan kesukaran untuk beribadah.

Kandungan Halal Mekap

Saya percaya, fungsi mekap sebenarnya bukanlah hanya untuk kecantikan semata-mata, ia juga merujuk kepada faktor kesihatan yang mana di dalam tatarias juga terdapat bahan-bahan yang melindungi pemakainya dari sinaran UV atau UVB.

Manakala, bahan-bahan di dalam mekap juga membantu menjaga kulit si pemakai dari udara yang kotor, sinar cahaya yang tidak sihat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sudah semestinya memilih produk mekap yang halal itu menjadi keutamaan dalam memilih mana-mana produk yang pelbagai di pasaran.

Teknik Memilih Tatarias

Berdandan, berhias, bercantik-cantik atau apa sahaja definisi yang dekat dengan diri seorang gadis dalam soal kecantikan, itu ternyata bukanlah satu kesalahan.

Ia dibenarkan dalam Islam. Islam menggalakkan kita menjaga kekemasan diri agar orang lain yang melihat diri kita merasakan kita adalah orang mudah didekati dan disenangi. Allah suka perkara itu. Jangan lupa dandankan diri dengan senyuman. Itu adalah pemanis paling mudah dan percuma.

Disini saya kongsikan beberapa teknik memilih tatarias yang betul,

1. Digalakkan memilih tatarias yang bersesuaian dengan kondisi kulit, halal serta bercukupan dengan bajet yang kita sedia ada. Setiap orang lain pula kondisi hidup dan kewangannya. Justeru, usah kerana hendakkan cantik, maka pembelian barangan mekap juga berlebihan daya.

2. Melakukan kajian ringkas terhadap produk-produk yang ada di pasaran. Seperti yang diketahui ramai, kita sekarang dilambakkan dengan produk kecantikan. Justeru, wajar sebagai pengguna, kita memilih dan membuat penelitian sebelum membuat sebarang pembelian.

3. Kaji kandungan mekap yang ingin dibeli. Digalakkan memilih tatarias yang mengandungi bahan-bahan yang membantu kulit bukan membantut kulit.
Silakan berhias, Allah sukakan hamba-Nya yang menjaga diri, namun yang paling penting adalah mengikuti anjuran syariat. Sebaiknya adalah sederhana.

Bersederhana – Sebaik-Baik Pilihan Yang Kita Ada

Teringat saya pada kata-kata seorang ustazah, beliau bercerita, perempuan yang tebal solekannya semakin sukar untuk beribadah. Untuk gadis yang menyukai mekap, hilang sahaja sedikit mekap, pasti ditambah. Kata orang putih, sedikit-sedikit touch up.

Untuk mudah dan bersederhana, sebaiknya elakkan memilih cara bertatarias begitu. Kadangkala ia kelihatan menyukarkan pergerakan dan melambatkan waktu solat.

Tidak mengapa jika kita mempunyai waktu yang panjang, namun jika waktu yang kita punya pendek sahaja, ada baiknya kita bertatarias mudah dengan 3 peralatan sahaja iaitu lipstik, bedak dan celak.

Bertatarias untuk sekadar menghilangkan kusam dan menceriakan riak wajah, itulah konsep yang digalakkan. Dan yang paling penting, bersesuaian dengan konsep kesederhanaan yang ingin kita amalkan.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Fatin Nor Izzati Binti Nazmi)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan