Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TAT sambut Kaamatan pupuk budaya perpaduan dalam kanak-kanak

TAMPARULI: Tadika Advent Tamparuli (TAT) menyemarakkan Bulan Kaamatan dengan menganjurkan Pesta Kaamatan peringkat TAT yang dihadiri para ibu bapa murid dan guru.
Penyelaras TAT, Vivianna Ang berkata, peganjuran program itu bagi memberi pendedahan sekali gus membentuk generasi cintakan budaya dan perpaduan sejak di peringkat awal usia lagi.

“Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif TAT bagi memastikan kanak-kanak tadika ini mengenali kepelbagaian budaya dan adat resam di negara ini sekali gus menanam semangat cintakan keharmonian serta memupuk semangat saling hormat menghormati tanpa mengira status dan latar belakang kaum sesama masyarakat khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata dalam ucapan aluannya pada program berkenaan di Navita Hall, di sini pada 25 Mei 2018.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) TAT, Salbinous Saribun dalam ucapannya berkata, inisiatif yang diadakan tadika berkenaan amat bertepatan bagi memastikan warisan budaya terus terpelihara serta dalam masa yang sama mengekalkan keakraban hubungan perpaduan antara kaum di Sabah.

“Di samping itu, penganjuran program ini juga membolehkan ibu bapa dan guru-guru saling kenal mengenal dengan lebih akrab antara satu sama lain sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin.

“Saya bagi pihak ibu bapa para murid, ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini,” ujarnya.

Pada program tersebut kanak-kanak tadika turut mempersembahkan tarian sumazau dan nyanyian kebudayaan selain memperagakan pakaian tradisional melalui pertandingan Unduk Ngadau dan Tanak Wagu.

Program itu turut menyaksikan selitan acara Hari Guru yang dikendalikan ibu bapa murid diketuai Monica Abok./SayangSabah

Kanak-kanak TAT yang memperagakann pakaian tradisi suku kaum Kadazan Dusun mengambil gambar kenang-kenangan bersama guru-guru.

Komen


Berita Berkaitan