Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tarik minat lebih ramai golongan muda dalam sukan perahu layar

3:25pm 29/02/2016 Leolerry Lajius 47 views Sukan,Tempatan
Yeo (Tengah0 mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa penganjur dan pemenang pertandingan kejohanan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Yeo (Tengah0 mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa penganjur dan pemenang pertandingan kejohanan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sukan perahu layar merupakan satu kejohanan yang berupaya menjadikan negeri ini sebagai tumpuan pelancong.

Menurut Mayor Bandaraya Kita Kinabaku Datuk Yeo Boon Hai, kejohanan kali ke-17 ini merupakan salah satu penghargaan kepada kepentingan laut sebagai lokasi untuk berekreasi dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar negara.

“Sukan perahu layar yang juga dimasukkan dalam kalendar aktiviti pelancongan merupakan satu kejohanan wajib yang diadakan setiap tahun sebagai tarikan pelancong,”katanya ketika berucap sempena City Day Open Regatta 2016 di Kinabalu YACHT Club, semalam.

Beliau juga menyeru agar usaha untuk menarik minat golongan muda bagi menyertai sukan ini terus dipertingkatkan dengan melaksanakan aktiviti tertentu.

“Sukan pelayaran adalah sukan yang mesra alam dan adalah wajar bagi menarik lebih ramai penyertaan dari golongan muda yang secara tidak langsung mampu menaikkan imej sukan ini memandangkan ia mulai terkenal dan menjadi salah satu kejohanan terkemuka di negara ini,”katanya.

Pada majlis tersebut Yeo juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang menjuarai setiap kategori yang disertai  dalam sukan tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan