Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tarif Elektrik Turun, Peniaga Tiada Alasan Tak Mahu Kurang Harga

letrik

JOHOR BAHRU – Para peniaga di negeri ini digesa menurunkan harga barangan sejajar dengan penurunan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata, para peniaga kini tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak menurunkan harga jualan berikutan pengumuman itu.

“Kita amat menyambut baik penurunan tarif elektrik dan kita mohon pengilang dan pembekal supaya menurunkan harga bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

Tee berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan musim perayaan Tahun Baharu Cina 2015 bersama pembekal, pengedar dan agensi, di sini hari ini.

Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia, berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Selain itu purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj, berkuat kuasa bagi tempoh sama, penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa sebelum ini.

Mengenai Tahun Baharu Cina, Tee berkata keperluan bekalan barangan di negeri ini adalah mencukupi sepanjang menyambut perayaan tersebut.

“Sehubungan itu, kita berharap para pengguna tidak bimbang dengan kekurangan bekalan yang dihadapi dan kita sentiasa membuat pemantauan bagi mengelakkan ada peniaga yang sengaja menaikkan harga,” katanya. -BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan