Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tapak pejabat Daerah Kecil Kiulu dikenalpasti

 

KIULU : Cadangan tapak bagunan pejabat daerah kecil Kiulu telah dikenal pasti.
Ini berikutan tinjauan kesesuain tapak dikawasan Pekan Kiulu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan Pegawai Daerah Tuaran Sofian Alfian Nair.

Turut menyertai tinjauan Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Joisin Romut dan Penolong Pemungut Hasil Tanah Tuaran Michael Dony Akang.

Kelulusan menjadikan Kiulu sebagai Daerah Kecil diumumkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman ketika lawatan kerja beliau ke pekan ini pada 6 Mac lalu atas permintaan Joniston dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Dengan pengenal pastian cadangan tapak, Joniston  berharap pembinaan bangunan tersebut dapat dimulakan pada masa terdekat dan siap sebelum penghujung tahun ini.

“Kita ingin melihat pejabat daerah kecil Kiulu mula beroperasi sebelum hujung tahun ini,” kata Joniston sambil mengucapkan terima kasih kepada Musa atas keprihatinan meluluskan penaikan taraf Kiulu sebagai daerah kecil.

Kiulu, yang terkenal sebagai tarikan pelancongan eko dan hasil pertanian, mempunyai lebih daripada 100 buah kampung dengan kepadatan penduduk hampir 60,000.
Pembangunan ekonomi berasaskan aktiviti pelancongan dan pertanian di Kiulu dijangka akan menjadi rancak dengan pembinaan Jalan Telipok-Kiulu-Ranau yang kini sudah 65 peratus siap dan pembinaan Jalan Gonipis – Tobobon yang akan bermula tidak lama lagi.

“Proses untuk merealisasikan objektif kita menjadikan Kiiulu sebagai hab pembangunan pertanian dan pelancongan eko akan dipermudahkan dengan pengwujudan pejabat daerah kecil Kiulu,” kata Joniston.

Lebih daripada 53,000 pelancong melawat Kiulu, yang terkenal dengan aktiviti berasaskan sungai, inap desa dan trekking, pada tahun lalu peningkatan 100 peratus berbanding dengan 27,000 pengunjung pada tahun 2016.

Persatuan Pelancongan Kiulu menjangkakan jumlah pengunjung ke kawasan ini mampu mencecah 100,000 pada tahun ini berikutan bertambahnya bilangan produk pelancongan.
Sementara itu, Sofian berkata pejabat daerah Tuaran kini dalam proses terakhir menyiapkan kertas cadangan pengwujudan pejabat daerah kecil Kiulu untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri./SayangSabah

Joniston (kedua dari Kanan) dan Sofian (kedua dari kiri) ketika membuat tinjauan kesesuain tapak pejabat daerah kecil Kiulu di Pekan Kiulu.

 

Komen


Berita Berkaitan