Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TAPAK KEKAL DIBINA UNTUK PESTA REGATTA LEPA

lepa

SEMPORNA : Bagi memastikan pesta Regatta Lepa 2015 berjalan dengan lebih terancang dan teratur, tapak kekal untuk pesta itu dibina di hadapan Kompleks Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna.

Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tapak seluas kira-kira 61,104 kaki persegi itu akan menjadi tapak utama pesta Regatta Lepa pada tahun ini dan pada penganjuran akan datang.

“Sebelum ini kami tidak mempunyai tapak kekal untuk acara pelancongan tahunan Semporna itu, menyebabkan keadaan agak sesak dan tidak teratur. Oleh itu saya berharap dengan adanya tapak kekal ini, peniaga dan pengunjung akan lebih selesa.

“Selain itu pelancong yang datang pada pesta itu turut merasa lebih selesa untuk berkunjung ke gerai-gerai dan melihat pameran semasa pesta itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke tapak itu, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pesta Regatta Lepa 2015 yang diadakan 23 dan 24 April depan, akan lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai pengunjung, dijangka antara 30,000 dan 40,000 orang.

“Pelbagai pengisian akan diadakan sepanjang acara itu, terutamanya membabitkan aspek kebudayaan di daerah ini,” katanya. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan