Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tapak Baharu Kompleks Sukan di Tuaran Dikenalpasti

5:16pm 24/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 86 views Laporan Sidang DUN,Sukan,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan

Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan

KOTA KINABALU-  Satu tapak baharu di Kg Laya- Laya, Tuaran telah dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan sebagai salah satu kompleks sukan di negeri ini.

 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, tapak tanah itu belum lagi menjadi hak milik kerajaan negeri sepenuhnya.
“Walaubagaimanapun,satu mesyuarat berkenaan pemilikan tapak tanah ini sudah dijalankan dan pertukaran hak milikan tanah telah dipersetujui oleh semua pihak yang berkaitan.
“Tahun ini, pihak kementerian akan mendapat 100 ekar bagi tujuan pembinaan kompleks sukan di daerah Tuaran tersebut” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini (Selasa)
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada ADUN Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing mengenai tapak asal bagi tujuan pembangunan Kompleks Sukan di Tamparuli
Disamping itu, beliau berkata, projek pembangunan kompleks sukan di Tamparuli tidak dapat diteruskan kerana tapak tersebut tidak sesuai dari segi faktor geografinya.
“Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas tapak tanah tersebut, kami mendapati bahawa tapak tersebut tidak sesuai untuk membangunkan kompleks sukan kerana kawasan tersebut terlalu rendah dan menghadapi risiko banjir.
Menurut beliau lagi, jika projek pembangunan di kawasan tapak lama diteruskan, hal tersebut akan menjadi keteresan dalam
pembangunan infrastruktur dan akan menambahkan kos perbelanjaan Kerajaan Negeri.– Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan