Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tanya Najib, saya tidak tahu – Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengelak dari ditanya pemberita ketika hadir di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri bersama warga JPM di Putrajaya. – Foto Mohd Fadli Hamzah

 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas lanjut kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa dirinya difitnah dan pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah adalah satu penganiayaan.

“Awak patut tanya dia (Najib), saya tidak tahu,” katanya ringkas selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Najib semalam memuat naik video di Facebooknya memaparkan luahan hati beliau berhubung tindakan diambil pihak berkuasa terhadapnya.

Dalam klip video berdurasi 20 saat yang dipercayai dirakam sebelum penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam, Najib berkata beliau mengakui dirinya hanya insan biasa dan tidak sempurna, namun tidak semua tuduhan dikenakan kepadanya adalah benar.

Katanya, ada banyak berita, gambar yang tersebar bersifat palsu, khabar angin, putar belit dan fitnah, dan mahu siasatan dijalankan dulu kerana beliau belum berpeluang untuk mempertahankan diri saya.

Najib hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan