Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tanpa pelancung, kembali berkebun

Kohadie (dua kanan) dengan tetamu-tetamu beliau
Kohadie (dua kanan) dengan tetamu-tetamu beliau

GEMPA bumi yang berlaku di Ranau, Sabah pada 5 Jun  lalu akan sentiasa diingati kerana kemusnahan yang berlaku. Pada ketika itu 18 nyawa terkorban, yang terdiri daripada pendaki, termasuk kanak-kanak dan Malim Gunung yang mengiringi pendaki Gunung Kinabalu pada masa itu.

Kemudian sungai-sungai di sana telah dibanjiri dengan lumpur  dari gunung itu. Keadaan di tepi sungai yang sebelum itu indah, melimpah dengan lumpur dan menjalani perubahan yang drastik serta beberapa rumah di sepanjang sungai berkenaan telah musnah.

Laluan ke atas gunung itu telah rosak dan salah satu mercu tanda di Gunung Kinabalu iaitu ‘telinga keldai’  juga musnah. Dengan kejadian ini, mendaki gunung dihentikan buat sementara bukan sahaja kerana terdapat gegaran selepas itu tetapi untuk membaiki  trek baru ke puncak gunung.

Malim Gunung dan pekerja-pekerja  lain telah diberhentikan perkhidmatan mereka buat sementara kerana khdmat mereka tidak diperlukan pada ketika ini.

Walauapapun, keberanian mereka semasa gempa bumi  dalam usaha  menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi  diserlahkan dan mendapat perhatian luas, seperti juga keadaan kewangan mereka selepas itu.  Mereka selepas itu menerima bantuan daripada orang ramai yang murah hati dan juga badan-badan korporat dan pihak kerajaan serta keluarga diRaja daripada negeri-negeri lain.

Ia tidak sama untuk peserta Homestay di kawasan itu, kerana mereka tidak tersenarai  untuk mendapatkan bantuan kewangan. Walau bagaimanapun dalam beberapa aspek lain tidak ada perbezaan diantara mereka kerana  mereka juga harus meneruskan kehidupan ; sumber pendapatan mereka seolah-olah bertitik nokta hanya kerana pengunjung atau tetamu homestay  berhenti berkunjung.

Naib Presiden  Persatuan Homestay Malaysia Kohadie Watiman berkata pelancung-pelancung membatalkan niat mereka untuk berkunjung  dan menginap di Homestay atas sebab-sebab keselamatan.

Semua tempahan program homestay untuk bulan Jun dan Julai telah ditangguhkan ke akhir tahun oleh pelanggan-pelanggan dan oleh itu, walaupun selepas Ogos pengendali Homestay itu percaya masih tidak mungkin dikunjungi pelancung.

Beliau berkata, homestay mereka tidak akan ada apa-apa dalam segi pendapatan .

“Bagaimanapun, ada sebahagian peserta-peserta pergi menjual sayur-sayuran, sementara yang lain mula menanam sayur semula . Beberapa perserta memborong sayur dan menjualnya. Mereka melakukan semua jenis perniagaan kecil semata-mata untuk mencari nafkah. Bukan susah bagi mereka untuk mencari nafkah sedemikian sebab sebelum program homestay,  aktiviti ini ialah sumber pendapatan utama mereka. ”

” Saya menasihatkan mereka untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini pula, kerana kita tidak boleh berdiam diri hanya kerana kita tidak mempunyai pengunjung. Saya juga menasihatkan mereka untuk menjalankan pembaikan dan penyelenggaraan di rumah-rumah mereka supaya pelanggan-pelanggan kami akan lebih selesa pada masa akan datang. Jadi ‘cuti’ yang berkenaan  ini sebenarnya satu rahmat juga . ”

” Ada 18 buah kampung dengan 195 rumah yang mengambil bahagian dalam homestay pada masa ini, “Kohadie yang menjalankan program homestay  di Kg Sinisian Kundasang berkata.

Beliau menambah bahawa homestay hanya dirujuk kepada mereka yang menawarkan pakej, dan penyertaan pelancung dalam aktiviti-aktiviti harian setempat.

Beliau juga menyatakan bahawa Lodges dan chalet yang hanya menawarkan penginapan bukan tersenarai sebagai ‘homestay’.

Mengenai Sambutan Hari Raya, Kohadie berkongsi bahawa mereka masih mengadakan perhimpunan untuk ahli-ahli di Kg Sinisian pada hari yang ketiga.

“Kami mengadakan sambutan mengikut kemampuan kita. Kami tidak berbelanja besar . Walaupun kami merayakan hari yang mulia ini dengan cara sederhana namun keakraban dan silaturahim yang terjalin amat baik.”

Dia mengumumkan bahawa sebuah Karnival Hari Raya akan diadakan di Kg Sinisian pada 15 Ogos, untuk mempromosi  Walai Tokou Homestay secara besar besaran.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan