Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tanpa guru kita tidak akan mencapai kejayaan

12:22pm 16/05/2016 Leolerry Lajius 32 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

 

Musa (tengah) menghadiri majlis makan malam kerajaan negeri Apresiasi pendidik Hari Guru Kebangsaan peringkat kebangsaan ke-45.-Gambar Oleh JKM

Musa (tengah) menghadiri majlis makan malam kerajaan negeri Apresiasi pendidik Hari Guru Kebangsaan peringkat kebangsaan ke-45.-Gambar Oleh JKM

KOTA KINABALU: “Tanpa ajaran, bimbingan dan didikan guru-guru, tidak mungkin kita mencapai kejayaan seperti yang kita nikmati hari ini.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, ketika berucap sempena majlis makan malam Kerajaan Negeri Apresiasi Pendidik Hari Guru ke-45, di Dewan Serbaguna Kompleks Kerajaan Persekutuan, di sini, semalam.

“Majlis makan malam ini merupakan salah satu platform menunjukkan tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para pendidik yang juga pembina dan pembentuk kepada kecemerlangan pendidikan negara, “katanya.

Tambah beliau, dalam usaha untuk memacu kecemerlangan pendidikan di negeri ini dan merealisasikan agenda pembangunan pendidikan negara pada keseluruhannya, kerajaan negeri sentiasa memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.

” Antaranya dengan memberikan perhatian utama kepada sekolah-sekolah di luar Bandar dan pedalaman menerusi penyediaan prasarana yang lengkap dan canggih seperti sekolah-sekolah di Bandar bagi merapatkan lagi jurang perbezaan dalam bidang pendidikan,”katanya.

Dalam majlis tersebut Musa juga turut menyampaikan lapan anugerah kepada guru-guru yang dipilih sebagai  pemenang bagi lapan kategori anugerah yang dipertandingkan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan