Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tangki air untuk rakyat

11:43am 14/11/2015 Ann Vivien 27 views Isu Semasa,Tempatan

 

Hamisa (tengah) dengan para penerima tangki

Hamisa (tengah) dengan para penerima tangki

TAWAU: Limpahan kemajuan Negara terus dirasai rakyat menerusi berbagai bantuan sumbangan Kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat berkata hasil daripada kejayaan dan kemajuan ekonomi yang dicapai negara, segala hasil tersebut dikongsi bersama, terutama kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, menyedari kepentingan memiliki tangki penyimpanan air bersih dalam kalangan orang ramai di negeri ini, kerajaan menyediakan bantuan tangki 1Malaysia kepada rakyat di empat buah kampung di kawasan Dun Tanjong Batu.

Sebanyak 173 penerima daripada empat buah kampung ia itu Kampung Kalabakan, Kampung Iban Merotai, Kampung Luasong dan Kampung Tanjong Batu, Tawau telah menerima sumbangan tersebut.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat menegaskan bahawa, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa serius dalam mengambil berat kebajikan rakyatnya, tanpa diskriminasi kepada mana-mana kumpulan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Kerajaan akan memastikan setiap lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat menikmati segala kemudahan serta kehendak dengan adil dan saksama.

”Ada di kalangan rakyat tidak kira kaum masih berhadapan dengan masalah seperti kemiskinan, tiada rumah yang selesa untuk diduduki. Sekiranya kita ada azam, tekad dan pendekatan yang inovatif, kita boleh beri sesuatu kepada rakyat,” katanya.

Beliau menggesa pemimpin masyarakat agar sentiasa turun padang mendengar keluhan serta masalah masyarakat supaya bantuan sewajarnya dapat disalurkan sebaik mungkin.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan