Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangki air jatuh hempap kereta

Keadaan kereta Perodua Kancil dihempap tangki air yang jatuh dari tingkat 1, bangunan Kompleks Sinsuran, di Kota Kinabau. – Foto Ihsan

 

KOTA KINABALU: Sebuah tangki berisi 200 liter air jatuh dari tingkat 1 dan menghempap sebuah kereta yang parkir di tepi bangunan Blok M, Kompleks Sinsuran, di sini, pagi tadi.

Kejadian itu disedari pemilik sebuah restoran berhampiran jam 10.30 pagi, sebelum pengurus restorannya membuat laporan polis, jam 2.47 petang.

Akibat kejadian itu, kereta PERODUA Kancil remuk teruk di bahagian bumbung, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pemilik tiada di dalam kereta berkenaan.

Tangki air yang menghempap kereta Perodua Kancil sehingga remuk di bahagian bumbang di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu

 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pemeriksaan mendapati tangki air jenis plastik warna biru itu terjatuh dari tingkat 1, bangunan Kompleks Sinsuran, yang juga milik sebuah restoran berhampiran.

“Tangki ini boleh menampung 400 liter dan ketika kejadian, tangki berisi hampir 200 liter air. Ia dipercayai berlaku disebabkan penahan tangki air jenis papan yang sudah reput.

“Selain itu, tangki diletakkan di bucu bangunan yang tiada penghadang keselamatan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Chandra berkata, pemilik kereta dan pengurus restoran sudah berbincang dengan pengurus terbabit bersetuju membayar ganti rugi yang dialami pemilik kereta berkenaan. – Oleh Junaidi Ladjana/BH Online

Komen


Berita Berkaitan