Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangkapan Pam Bot disyaki melakukan aktiviti bom ikan

Lahad Datu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah membuat satu tangkapan tiga buah pam bot lebih kurang 0.1 Batu Nautika Barat Laut Pulau Malundangan, rabu lalu.

Bot BANGGI 48 bersama lima anggota sedang dalam operasi Pluto Timur semasa membuat rondaan telah mengesan tiga buah pam bot di dalam keadaan yang mencurigakan sekitar jam 11.10 pagi.

Semasa Bot BANGGI 48 cuba menghampiri ketiga-tiga pam bot tersebut, dua pam bot beserta tiga orang di atasnya telah mendayung bot tersebut rapat ke daratan untuk tujuan melarikan diri.

Manakala, pam bot yang satu lagi juga terdiri daripada tiga orang diatasnya telah bertindak agresif dengan terjun ke dalam laut dan berenang untuk tujuan melarikan diri ke pesisir pantai yang berhampiran.

Setibanya Bot BANGGI 48 ke pam bot pertama yang berwarna putih jalur biru lebih kurang jam 11.20 pagi, didapati di dalam pam bot tersebut terdapat muatan ikan bermacam jenis dan terdapat alatan yang disyaki  digunakan bagi tujuan mengebom ikan.

Hasil pemeriksaan ke atas pam bot yang kedua warna yang sama juga terdapat muatan ikan bermacam jenis dan juga peralatan untuk tujuan yang sama.

Setelah membuat pemeriksaan pam bot terakhir berwarna kelabu sekitar jam 11.40 pagi juga terdapat muatan ikan bermacam jenis dan juga peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan yang sama iaitu pengeboman ikan.

Di antara barang rampasan yang telah dijumpai di atas ketiga-tiga pam bot tersebut adalah muatan ikan bermacam jenis dalam anggaran lebih kurang 340Kg, satu compressor(alatan bantuan menyelam), satu enjin compressor, hose getah dalam anggaran lebih kurang 20 meter, satu botol disyaki berisi bahan peledak dan lima sumbu disyaki untuk bahan peledak.

Kesalahan tersebut terkandung di bawah seksyen 26(1)(b) Akta Perikanan 1985 kerana disyaki memiliki peralatan letupan untuk menangkap ikan dan sekiranya didapati bersalah setiap awak-awak boleh didenda tidak lebih RM20,000.00 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali serta vessel boleh dilucut hak.

Ketiga-tiga pam bot tersebut telah ditunda dan ditahan balik ke jeti perikanan Lahad Datu untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk siasatan lanjut./SayangSabah

Pam Bot yang milik suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.
Pam Bot  milik suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

 

Komen


Berita Berkaitan