Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangkapan mengikut Akta Hasutan kerana gugat keselamatan, keharmonian

nancy

SADONG JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata beberapa tangkapan

di bawah Akta Hasutan sejak kebelakangan ini adalah berikutan kewujudan ancaman yang boleh

menggugat keselamatan dan keharmonian negara.

Beliau berkata, provokasi yang dilakukan, termasuk menerusi laman sosial, jelas tidak

menghormati agama dan budaya masyarakat negara ini serta institusi diraja, justeru, tindakan

tegas terpaksa diambil.

“Mereka melakukan provokasi sedangkan mereka tahu itu satu kesalahan, apa yang mereka

lakukan seolah-olah mencabar kerajaan dan ingin pula melihat apakah tindakan yang akan diambil

terhadap mereka .

“Sebagai kerajaan yang stabil, kita terpaksa bertindak demi kesejahteraan semua bangsa dan

agama di negara ini,” katanya.

Anggota Parlimen Batang Sadong itu berkata demikian kepada pemberita selepas

menyempurnakan majlis perasmian blok baharu SJK Chung Hua Jemukan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata kerajaan tidak pernah menghalang hak kebebasan bersuara namun

jika perlakuan itu menimbulkan sakit hati serta kemarahan orang lain, tindakan terpaksa diambil.

“Kita boleh suarakan kritikan tetapi apabila melampaui batas sehingga mencabar kerajaan, kita

terpaksa ambil tindakan.

“Saya harap mereka lebih bertanggungjawab dalam apa yang mereka lakukan, fikirkan kalau

provokasi yang dilakukan terhadap satu-satu bangsa atau agama sehingga mengakibatkan berlaku

tindak balas, apa yang akan berlaku di negara kita ini?” katanya.

Ketika diminta mengulas gerakan membawa Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia, beliau

bersetuju tindakan awal diambil bagi mengekang lebih ramai yang terpengaruh dengan agenda itu.

– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan