Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangkap tikus sebesar bayi

PEKERJA, Spencer Harris menunjukkan tikus gergasi yang ditangkapnya. Gambar kanan, tikus berkenaan dari dekat.
PEKERJA, Spencer Harris menunjukkan tikus gergasi yang ditangkapnya. Gambar kanan, tikus berkenaan dari dekat.

Lincolnshire (Britain): Seekor tikus gergasi sebesar bayi ditangkap pakar khidmat kawalan serangga perosak di sini, kelmarin.

Tikus sepanjang kira-kira 0.6 meter itu ditangkap selepas pekerja berkenaan dipanggil menangani masalah serangan tikus di beberapa kediaman.

Pemilik SWAT Total Pest Control, Jeff Sullivan, 58, mengesahkan tikus itu adalah yang terbesar pernah dia tangkap sepanjang 18 tahun bekerja dalam bidang berkenaan.

Dia yang juga bekas jurutera tentera berkata: “Banyak gambaran salah mengenai rakaman gambar tikus itu menggunakan telefon bimbit, kerana ia diambil dari jarak dekat untuk mewujudkan ilusi kononnya tikus itu lebih besar dari yang sebenar.

“Tetapi, itulah hakikatnya. Tikus itu memang besar dan yang terbesar pernah saya lihat.” – Agensi/HMetro

 

Komen


Berita Berkaitan