Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangkap Santoso sebelum Ogos

SANTOSO
SANTOSO

Jakarta: Ketua Polis Indonesia, Jeneral Badrodin Haiti mengarahkan pasukan keselamatan yang terbabit dalam Operasi Tinombala memberkas lelaki paling dikehendaki di negara itu, Santoso, secepat mungkin.

Jurucakap polis kebangsaan, Inspektor Jeneral Boy Rafli Amar memberitahu wartawan semalam, Badrodin dalam taklimatnya kepada pegawai kanan polis negara itu mahukan Santoso ditangkap sebelum Operasi Tinombala yang dilancarkan di kawasan hutan berhampiran Poso, Sulawesi Tengah sebelum akhir Ogos ini.

Dia mengarahkan anggota Operasi Tinombala memaksimumkan langkah dan merangka strategi baru bagi menangkap pemimpin Muhajidin Indonesia Timur itu dan saki-baki anggotanya.

 Operasi Tinombala yang mulanya dijadual berakhir pada awal Mei, dilanjutkan tiga bulan dari 10 Mei ke 10 Ogos selepas Santoso gagal ditangkap.

Dalam pada itu, Badrodin akan bersara Julai ini. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan