Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangisan rujuk waktu sahur

fiza adam

KUALA LUMPUR: “Tiba-tiba masa sahur dia lafazkan mahu rujuk semula. Mengalir juga air mata saya sebab tak sangka langsung,” luah pelakon Fiza Halim mengenai kehidupan barunya yang kembali bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF sejak 17 Julai lalu.

Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, perkara itu adalah keputusan yang mengejutkan dan tidak dijangka sama sekali.

“Alhamdulillah mulai dari detik itu, kami kembali sebagai suami isteri. Syukur, Allah mendengar doa saya dan peminat.

“Saya dapat lihat dia masih sayangkan saya daripada perbuatan dan caranya jadi bila dia bertanya (rujuk), saya tak fikir panjang sebab benda baik buat apa tunggu lama-lama,” katanya.

Pasangan ini kembali bersama pada 17 Julai lalu bersamaan 19 Ramadan lalu selepas bercerai pada 28 April lalu.

Komen


Berita Berkaitan