Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tangisan dalam semak

9:54am 13/11/2015 Pak Roshan 6830 views Keningau,Mutakhir,Tempatan
SEMAK tempat bayi ditemui. Gambar kecil, bayi dirawat di Hospital Keningau.

SEMAK tempat bayi ditemui. Gambar kecil, bayi dirawat di Hospital Keningau.

Keningau: Seorang lelaki yang ingin menghantar isterinya bekerja ‘terbantut’ selepas mendengar tangisan bayi yang ditinggalkan di kawasan semak berhampiran rumahnya di Taman Perumahan Rumah Murah JKR, di sini, kelmarin.

Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dipercayai diletakkan di kawasan semak berhampiran taman perumahan berkenaan beberapa jam selepas ia dilahirkan sebelum ditemui lelaki berusia 36 tahun itu jam 7.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong berkata, bayi seberat 2.47 kilogram (kg) itu ditemui dalam semak 10 meter dari pintu pagar rumahnya ketika keluar bagi menghantar isterinya bekerja.

“Lelaki terbabit terdengar tangisan bayi ketika membuka pagar rumahnya lalu mencari arah suara itu dan terkejut melihat seorang bayi terbaring tanpa pakaian.

“Lelaki itu mengangkat bayi perempuan itu dan menyelimutkan sebelum menghantar ke Hospital Keningau untuk rawatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.- myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan