Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangguh rayuan Salman Khan

14hmkhan_cropped.transformed

Mumbai: Mahkamah Tinggi Mumbai semalam menangguhkan prosiding rayuan bintang Bollywood Salman Khan terhadap hukuman penjara lima tahun dalam kes langgar lari atas permintaan peguamnya.

Kes ditangguhkan sehingga 20 Julai untuk membolehkan dokumen berhubung kejadian 2002 itu diterjemahkan, lapor Press Trust of India.

Salman, 49, didapati bersalah pada 6 Mei lalu kerana melanggar hingga mati seorang lelaki gelandangan dengan kenderaan SUV miliknya selepas minum arak di sebuah bar di Mumbai, 13 tahun lalu.

Hukuman itu digantungkan sementara menunggu rayuan.

Salman – yang pernah membintangi lebih 100 filem dan rancangan televisyen – dibebaskan dengan ikat jamin. AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan