Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangguh hukuman sebat blogger

blogger
SEKUMPULAN aktivis Amnesty International menunjuk perasaan di depan kedutaan Saudi di Vienna, Austria, bagi membantah hukuman sebat ke atas Raif, semalam.

 

Dubai: Arab Saudi semalam menangguhkan hukuman sebat ke atas aktivis dan blogger Raif Badawi atas alasan perubatan.

Raif menjalani 50 sebatan pertama minggu lalu dan dijadual disebat sekali lagi selepas solat Jumaat semalam walaupun pihak berkuasa Saudi berdepan dengan tekanan untuk membatalkan hukuman itu.

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia Amnesty International berkata dalam satu kenyataan, pemeriksaan perubatan mendapati luka yang dialami akibat disebat minggu lalu belum sembuh sepenuhnya dan dia tidak mungkin dapat bertahan dengan sebatan selanjutnya.

“Doktor yang menjalankan pemeriksaan mengesyorkan supaya hukuman sebat itu ditunda sehingga minggu depan,” kata Amnesty.

Raif yang menubuhkan laman web ‘Free Saudi Liberals’ ditangkap pada Jun 2012 atas tuduhan jenayah siber dan enggan mematuhi arahan bapanya – kes yang dianggap jenayah di Arab Saudi.

Pendakwa raya sebelum ini menuntut tertuduh dibicarakan atas tuduhan murtad yang boleh membawa hukuman mati tetapi seorang hakim menolaknya.

Dia dikenakan hukuman penjara 10 tahun, denda SR1 juta (RM930,000) serta sebat 1,000 kali selepas pendakwa raya mempertikaikan hukuman awal penjara tujuh tahun dan 600 sebatan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan