Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangani segera isu GST: Jamawi

Pegawai KPDNKK membuat pemeriksaan dalam Ops Catut.
Pegawai KPDNKK membuat pemeriksaan dalam Ops Catut.

KOTA KINABALU – Biro Penerangan Pemuda UMNO melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilihat kucar kacir dan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, meskipun mengambil masa lebih dari dua tahun perancangan dan persediaan melaksanakan GST oleh kerajaan, namun masih ada kepincangan khususnya daripada aspek penguatkuasaan.

“Saya amat sedih kerana sejak hari petama penguatkuasaan, terlalu banyak isu yang timbul dari segi pelaksanaannya. Semua pihak yang terlibat seperti KPDNKK dan kastam seakan-akan tidak bersedia dan sistem yang digunakan tidak seragam menyebabkan ramai peniaga yang mengambil kesempatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, rakyat mulanya dijanjikan dalam setiap ceramah penerangan Tolak SST dan baru tambah GST dalam penentuan harga barang dan perkhidmatan berkenaan, tetapi ketika pelaksanaannya, terdapat harga barangan asal masih dicampur dengan SST, sekaligus menjadikan harga semakin mahal dan terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Jamawi berkata, beliau mendapat keluhan dan suara hati orang kampung yang kecewa dgn keadaan peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan sesuka hati dgn menyalahkan kerajaan kononnya ianya semua berpunca daripada GST.

Menurutnya lagi, kegagalan kerajaan menangani isu kecil seperti pertambahan harga kad prabayar telefon juga sangat tidak wajar. Sepatutnya pihak TELCO mendengar arahan daripada pihak kerajaan dan bukannya pihak kerajaan yang terpaksa akur dengan keputusan TELCO.

“Percanggahan kenyataan mengenai status harga kad prabayar yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri dan juga Pengarah GST sebenarnya menaikkan lagi kemarahan masyarakat kerana jika perkara sekecil ini pun kerajaan tidak dapat tangani bagaimana pula kerajaan hendak tangani isu kenaikan harga beribu barangan lain yang lebih kompleks,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, sewajarnya sebelum melaksanakan apa-apa jua penguatkuasaan yang melibatkan kepentingan rakyat, kerajaan perlu bersiap siaga secara keseluruhan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Katanya, ia termasuklah dengan mewujudkan satu prosedur operasi seragam (SOP) yang lengkap untuk penguatkuasaan, sistem cetakan yang seragam untuk semua pelaksana GST dan juga sebuah pusat maklumat yang tepat untuk rakyat. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan