Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tangan macam belon

AFROZA menderita penyakit misteri.
AFROZA menderita penyakit misteri.

Sirjagon (Bangladesh): Keadaan tapak tangan serta jari kanan seorang wanita berusia 36 tahun yang membengkak membingungkan pakar perubatan.

Ibu beranak dua, Afroza Begumrom hidup dengan penyakit misteri itu hampir sepanjang hidupnya apabila doktor sehingga kini gagal mengesan apa sebenarnya dihidapinya.

Penyakit itu membuatkan dia sering kesakitan sehingga tidak dapat mengangkat tangan kanannya langsung.

Menurut Afroza, kebelakangan ini tangannya mula melepuh yang kemudiannya pecah dan luka terbuka yang semakin menyukarkan pergerakannya.

Disebabkan keadaannya itu, Afroza sukar bekerja dan berharap dapat menjalani rawatan atau pembedahan.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan