Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Tanding atau tidak, tunggu hari penamaan calon nanti’ -Pairin

KOTA KINABALU: Desas desus yang mengatakan Pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan bertanding semula ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan terjawab selepas penamaan calon PRU depan.

Pairin sebelum ini menyatakan hasrat 99 peratus untuk tidak bertanding pada PRU ke-14 namun akan menggunakan baki satu peratus lagi untuk mendengar pandangan barisan kepimpinan parti.

Menurut Pairin, samaada beliau mahu bertanding atau tidak, pihak pembangkang akan tetap meletakkan calon di kawasan beliau.

“Kena tunggu sehingga hari penamaan calon baru tahu samaada saya akan bertanding atau tidak dan jika saya mahu bertanding pun pihak pembangkang akan tetap meletakkan calon di kawasan itu sebab itulah realiti sebenar politik,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis ‘The National Conference On Economic Corridors’, di Hotel Le Meredien, hari ini.

Ditanya mengenai hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri Tambunan sekiranya beliau tidak akan bertanding, Pairin menyatakan perkara itu adalah pilihan ADUN Bingkor itu sendiri.

“Suruh dia jangan lawan saya selalu ba, tetapi jika dia tetap ingin bertanding di Tambunan, itu adalah pilihan dia sendiri sebab politik ni bermacam ragam,”katanya.

Sementara itu mengulas mengenai siasatan berhubung kes rasuah melibatkan tiga pegawai Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan dua orang kontraktor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pairin menyatakan beliau telah menerima sebahagian laporan daripada pihak JKNS namun masih menunggu laporan lengkap berhubung kes berkenaan.

“Saya sudah menerima sebahagian laporan daripada pihak JKNS berhubung kes itu,..dan memandangkan kes itu masih dalam siasatan kita sama-sama tunggu hasil siasatan nanti.”

“Saya juga sudah maklumkan sebelum ini yang pihak jabatan akan sedia memberikan kerjasama bagi menyelesaikan kes itu,”katanya.

Terdahulu, seramai tiga orang pegawai JKNS dan seorang kontraktor telah dilanjutkan tahanan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu bermula hari ini, selepas tempoh tahanan reman tujuh hari tamat kelmarin, manakala seorang lagi kontraktor yang ditahan sabtu lalu dikenakan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa yang dipercayai menerima suapan sejak tahun 2012 sehingga tahun 2017./SayangSabah

Pairin ketika ditemui media sempena majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan