Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tanam Mayat Bapa Dalam BMW Baharu

UNIK… Seorang warga Nigeria bertindak pelik apabila mengebumikan mayat bapanya di dalam sebuah kereta BMW baharu.

Lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Azubuike kehilangan mendiang bapanya itu akibat sakit tua.

Azubuike pernah berjanji kepada bapanya untuk membelikannya sebuah kereta tetapi hajat itu gagal dipenuh sewaktu dia masih hidup.

Susulan itu, Azubuike membelanjakan sebanyak AS$66,000 untuk membeli sebuah kereta BMW baharu itu sebagai keranda bagi menanam mayat bapanya.

Tindakan tersebut ternyata mengejutkan netizen menerusi laman sosial Facebook yang menyifatkan perbuatan itu sebagai satu pembaziran.

Sifiso Inno Makhashila berkata: “Belikan kereta kepada ibu bapa anda ketika mereka masih hidup sekiranya anda berduit dan letak mayat mereka di dalam keranda tetapi perbuatan ini amat tidak masuk akal dan sengaja mahu menunjuk-nunjuk.” – mStar Online

 

Komen


Berita Berkaitan