Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tanah runtuh ragut 12 nyawa

SEBUAH rumah ranap dalam kejadian tanah runtuh di Sukabumi, semalam.
SEBUAH rumah ranap dalam kejadian tanah runtuh di Sukabumi, semalam.

Jakarta: Dua belas orang terbunuh manakala empat lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda kepulauan Jawa di Indonesia.

Jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kejadian berlaku di perkampungan Tegal Panjang di daerah Sukabumi, Jawa Barat lewat kelmarin.

“Tanah runtuh itu berlaku secara tiba-tiba ketika hujan lebat yang mengakibatkan tebing runtuh dan menimpa penempatan terbabit.

“Kejadian menyebabkan 11 rumah tertimbus. Dua belas penduduk terbunuh dan empat lagi hilang. Usaha mencari mereka masih diteruskan,” katanya.

Laporan awal sebelum ini menyatakan seorang terbunuh dan 20 hilang.

Banjir dan tanah runtuh sering berlaku di Indonesia ketika musim hujan.

Agensi pengurusan bencana kebangsaan menganggar hampir separuh daripada 250 juta penduduk negara itu tinggal di kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh.

Indonesia yang terdiri daripada ribuan pulau adalah negara yang terdedah kepada bencana alam, termasuk gempa bumi dan letupan gunung berapi. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan