Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tanah Runtuh Jejas Penduduk Kampung Tambatuon

runtuh

KOTA KINABALU : Rutin harian penduduk Kampung Tambatuon di Kota Belud terjejas ekoran kejadian tanah runtuh yang kerap berlaku hingga menghalang perjalanan keluar dan masuk ke kampung itu.

Penduduk kampung itu Jentany Rongod berkata kira-kira 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang sukar menghadiri sesi persekolahan kerana kenderaan yang dinaiki mereka tidak dapat melalui jalan itu jika berlakunya runtuhan.

“Saya menjadi risau dengan pelajaran anak kerana sudah banyak kali tidak dapat datang ke sekolah akibat jalan runtuh, berlumpur dan licin bila hujan,” katanya kepada Bernama Selasa.

Kekerapan tanah runtuh itu juga mengakibatkan pelajar Sekolah Kebangsaan Tambatuon turut terjejas.

“Rata-rata guru-guru yang mengajar di sekolah rendah itu tinggal di luar kampung. Jika hujan berlaku, tanah runtuh juga berlaku dan jalan menjadi berlumpur dan licin,” katanya.

Jentany berkata, ekonomi penduduk kampung juga turut terjejas kerana sukar memasarkan hasil pertanian mereka di pekan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Jabatan Kerja Raya Kota Belud sama ada menaik taraf jalan sedia ada atau mencari jalan alternatif untuk ke kampung berkenaan.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan