Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,741

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tanah Runtuh Di Tambatuon, Kota Belud 800 Penduduk Terjejas

11:38pm 20/11/2016 Pak Roshan 22 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

image

KOTA BELUD : Kampung Tambatuon, kira-kira 30 kilometer dari sini, terputus hubungan apabila jalan raya kampung itu terjejas akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat yang berterusan sejak tengah hari tadi.

Difahamkan, sebanyak lima runtuhan tanah berlaku di sepanjang tiga kilometer jalan masuk ke kampung itu dari jalan besar Bypass Kota Belud-Ranau, sekali gus menjejaskan kira-kira 800 penduduk.

Seorang penduduk kampung, Jahim Singkui berkata bekalan elektrik di kampung itu turut terputus kerana sebatang tiang elektrik telah tumbang.

“Runtuhan tanah itu mula berlaku jam 5 petang,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Jahim khuatir kemungkinan berlaku lagi runtuhan memandangkan hujan masih turun dengan lebat.

Bagaimanapun, anggota bomba sudah berada di kawasan itu bagi memantau pergerakan tanah, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan