Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Tanah air tempat tumpah darahku’

11:50am 19/04/2017 Leolerry Lajius 69 views Tempatan

8. Suwadi (empat dari kiri) menyerahkan touchpoint kepada wakil K1M Daerah Tawau sambil disaksikan oleh Pegawai Penerangan Bahagian Tawau, Mohd. Kaya Iggoh(tiga dari kanan).

“Tanah air tempat tumpah darahku”, sebaris ayat yang memberi makna paling dalam di lubuk hati bagi seseorang warganegara atau penduduk asal sesebuah negara. Walau bagaimanapun, apalah guna sekiranya tinggal dan hidup di Tanah Air ini tetapi tidak mencintai atau menyayangi negara itu dengan sepenuh hati.
Bagi mendapatkan maklumbalas masyarakat mengenai definisi sayang dan cinta atau semangat patriotik terhadap negara, penulis mengambil kesempatan turun padang dan bertemu masyarakat semasa berlangsungnya Program Negaraku : Komuniti 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah di Padang Bandaran Tawau baru-baru ini.

Menjadikan nanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Sabah rutin pada setiap pagi sebelum masuk ke kelas, Guru Pra-Sekolah, Norliah Junior berkata ia dapat menerapkan semangat patriotik dalam kalangan murid-muridnya.

“Setiap pagi murid-murid kami yang berusia empat tahun diajak untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri Sabah bagi menyerap dan membudayakan rasa semangat patriotik mereka kepada negara.

“Selain itu, kami turut mengadakan aktiviti-aktiviti kelas seperti mewarnakan jalur gemilang dan suai padan gambar pemimpin untuk mengenalkan mereka kepada pemimpin-pemimpin negara,” katanya.

Tambah Norliah, murid-muridnya juga sering mengajuk perlakuan orang dewasa dan bersemangat menyebut slogan ‘1 Malaysia’ serta mengenali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak jika wajahnya terpapar di televisyen.

“Peluang menyertai aktiviti kenegaraan seperti ini tidak dilepaskan oleh saya dan keluarga kerana banyak aktiviti yang dapat kami sertai dan juga banyak informasi-informasi kenegaraan boleh diperolehi.

“Saya juga berharap dapat bertemu dan melihat dengan lebih dekat lagi pemimpin-pemimpin negara yang saya kagumi di mana mereka turut hadir dalam program ini,” katanya ketika ditanya tentang manfaat daripada program tersebut.

Norliah turut menasihati ibu bapa dan penjaga agar memantau aktiviti anak-anak mereka di sosial media yang mungkin akan dapat memberi pengaruh yang tidak baik kepada tumbesaran mental mereka dan menanamkan sikap menghormati pemimpin serta sayangkan negara bermula sejak usia muda.

Sementara itu, menurut seorang peniaga makanan, Estrella R. Gemino secara umumnya pasti para peniaga akan mengatakan ekonomi negara kini agak lembab dan kuasa membeli agak kurang namun beliau menerima keadaan tersebut secara positif.

“Kita sebagai usahawan perlu pandai memainkan peranan, tingkatkan usaha, bijak mengambil peluang serta rajin meningkatkan jualan dan antara satunya turut serta dalam karnival-karnival yang diadakan di tempat masing-masing,” ujarnya.

Estrella yang telah empat tahun berniaga secara serius di atas talian kini mampu mempunyai premis perniagaan sendiri selepas setahun berniaga.

“Namun begitu, 90 peratus jualan saya masih diperoleh di atas talian dan saya masih juga meneruskan berniaga di luar kerana komunikasi bersama pelanggan secara bersemuka juga sangat penting,” katanya.

Menurut Estrella, impiannya untuk mempunyai premis perniagaan tidak akan tercapai tanpa bantuan jabatan kerajaan kerana beliau berjaya mendapatkan bantuan pinjaman MARA, TEKUN, geran daripada SME Corp juga bimbingan kursus daripada Teraju-INSKEN.

“Sebagai usahawan, selain berusaha kita juga harus menjaga hubungan dengan agensi kerajaan kerana untuk bajet 2017 sahaja, banyak bantuan yang ditawarkan untuk usahawan terutama sekali kepada belia,” katanya.

Estrella turut menasihati peniaga agar tidak mengeluh dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu kerana impian untuk mengubah kehidupan terletak pada diri sendiri.

“Saya mempunyai kerja hakiki di sektor swasta, namun kerana minat dalam pengendalian makanan dan ingin mempunyai sumber pendapatan kedua, maka saya membuka perniagaan ini sekaligus membantu ekonomi keluarga,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi tips perniagaan kepada belia yang ingin menceburi bidang tersebut iaitu dengan mengkaji dahulu latar belakang perniagaan yang ingin diusahakan.

“Usahawan perlu berani, tetapi berani dengan ilmu dan kepada yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, apa yang paling penting adalah merancang perniagaan dahulu.

“Kita perlu membuat kajian tentang pasaran dan kehendak pelanggan kerana berniaga bukan untuk kita, tetapi untuk pelanggan kerana pada akhirnya pelanggan yang akan membeli produk anda,” jelasnya yang kini mempunyai 10 cawangan untuk pasaran produknya.

Dalam pada itu, Pengarah JaPen Sabah, Suwadi Guliling berkata program yang berlangsung telah berjaya mencapai matlamat yang telah digariskan.

“Program ini telah mendapat penglibatan dan kerjasama banyak pihak terutama sekali Komuniti 1Malaysia Daerah Tawau dan aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Tambah Suwadi, selain bertujuan untuk perpaduan, ia merupakan siri program dan usaha yang berterusan daripada JaPen untuk menggelorakan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat dan dijalankan di seluruh negeri.

“Program yang sama akan diadakan pada 20 April di Semporna manakala pada bulan Mei 2017 dijangka akan diadakan pada peringkat negeri di Kota Belud,” ujarnya.

Antara pengisian program tersebut adalah Eksplorace Puzzle Kanak-kanak, senamrobik, persembahan seni bela diri, sketsa rukun negara, persembahan PENTARAMA disamping pameran daripada agensi kerajaan dan swasta./PENERANGAN-

Persembahan silat sempena program berkenaan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan