Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tanah adalah jiwa kita- Madius

Madius (tengah) bersama penduduk kampung melihat peta kampung yang terlibat dalam projek tersebut.
Madius (tengah) bersama penduduk kampung melihat peta kampung yang terlibat dalam projek tersebut.

TUARAN: “Tanah adalah jiwa kita atau dalam bahasa dusun ‘Tana nopo nga koduo-duo tokou’ dan tanpa tanah kita sukar untuk meneruskan kehidupan.”

Demikian ungkapan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Madius Tangau ketika majlis taklimat pengukuran Tanah Hak Adat Anak Negeri sempena lawatan Pemantauan oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Dato Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusuf, ke Lembah Kiulu, di sini, hari ini.

“Kawasan Lembah Kiulu adalah merupakan satu kawasan Projek Pengukuran Lot Pendudukan Individu Jabatan Tanah dan Ukur yang melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Lokos, Kampung Nuluh, Kampung Tiong Ratau dan Kampung Tiong Simpdon.”

“Projek ini telah dilancarkan sejak tahun 2015 dan sehingga kini bilangan lot yang telah berjaya diukur ialah 1, 896 lot dengan luas setiap lot tanah adalah antara dua hingga tiga ekar,”katanya.

Menurut Madius lagi, projek ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat menyelesaikan masalah berkaitan dengan tanah adat.

“Projek ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memperlihatkan kepimpinan yang sentiasa mengutamakan rakyat dan pada hari ini Pengarah ICU sendiri juga turun padang bagi meninjau pelaksanaan projek ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan