Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tan Wee Kiong terima insentif sebanyak RM100 ribu

3:28pm 29/08/2016 Leolerry Lajius 1327 views Kota Kinabalu,Sukan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

TWK-1-2

KOTA KINABALU: Pemaian beregu badminton negara Tan Wee Kiong yang mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Brazil menerima insentif sebanyak RM100 ribu iaitu RM55 ribu dari kerajaan negeri Sabah dan turut menerima RM45 ribu dari pihak swasta.

Penyampaian insentif berkenaan disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dalam satu majlis ringkas di sini, hari ini.

Menurut Musa, insentif berkenaan merupakan penghargaan kepada pemain beregu berkenaan atas sumbangan beliau dalam mengharumkan nama negara di persada dunia.

Sementara itu menurut Tan Wee Kiong yang juga anak kelahiran Johor namun telah berpindah ke Sabah sejak berusia 12 tahun, beliau akan kembali meneruskan latihan sebagai persediaan di kejohanan terbuka Jepun yang akan berlangsung pada pertengahan december nanti.

“Selepas ini saya akan meneruskan latihan sebagai persediaan kejohanan terbuka Jepun nanti dan memang tidak dinafikan saya tidak mempunyai masa yang banyak bersama keluarga namun mereka sentiasa menyokong saya,”katanya ketika ditemui media sempena majlis berkenaan.

Beliau turut melahirkan harapan agar akademi badminton di Daerah Tawau yang diuruskan oleh keluarganya akan menjadi platform untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan badminton.

“Saya berharap agar akademi badminton berkenaan, dapat menggilap bakat-bakat remaja yang meminati sukan ini dan seterusnya akan menjadi pewaris kecemerlangan negara dalam sukan ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Tan Wee Kiong menerima cek insentif daripada Musa.

Tan Wee Kiong menerima cek insentif daripada Musa.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan