Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tan Chong Motor Labur RM600 Juta Bina Kilang Automotif Di KKIP

Presiden Kumpulan Tan Chong, Datuk Tan Heng Chew (tujuh dari kanan) bersalaman dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa kunjungan hormat. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan

 

KOTA KINABALU: Tan Chong Motor Holdings Berhad bersetuju membuat pelaburan jangka panjang di negeri ini dengan pembinaan kilang pemasangan automotif pertama di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) selewat-selewatnya dua tahun lagi.

Ketua Pegawai Kewangannya, Daniel Ho Wai Ming berkata, kilang pemasangan automotif itu dicadangkan untuk didirikan di kawasan seluas 400 hektar di KKIP dengan kos keseluruhan berjumlah RM600 juta.

Daniel berkata, pemilihan Sabah sebagai lokasi pembinaan kilang automotif Tan Chong Motor iaitu pengedar kenderaan jenama Nissan di negara ini adalah kerana kedudukan negeri ini yang strategik kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).

“Pasaran eksport di kawasan BIMP-EAGA mempunyai peluang yang sangat besar dan sasaran kami bukan sahaja dalam negara tetapi kami mahu mengeksport dan mewujudkan peluang pertukaran wang asing,” katanya.

Tan (kiri) berbual mesra dengan Shafie (kanan). Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan

Daniel berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas mengiringi Presiden Kumpulan Tan Chong, Datuk Tan Heng Chew mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Jaujan Sambakong dan Penasihat Kanan Kumpulan Tan Chong, Datuk Saharudin Muhamad Toha.

Daniel (duduk kiri), Tan (duduk, tengah) dan Jaujan (duduk, kanan) ketika sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan

Daniel berkata, mengenai pertemuan itu, pihaknya mengalu-alukan kerjasama dan sokongan kerajaan negeri Sabah yang sememangnya menggalakkan ramai pelabur luar khususnya dalam industri automotif melabur ke Sabah.

Katanya, kewujudan kilang itu nanti bakal menjana kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Beliau menambah, selain menubuhkan kilang pemasangan automotif, syarikat itu juga bercadang untuk melabur dalam industri tenaga daripada siasa buangan di negeri ini pada masa akan datang. –Oleh Sitti Nor Azizah Talata/SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan