Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tamu dan Makanan Tradisi perlu dijadikan sebagai produk pelancongan baru negeri

8:34pm 19/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Laporan Sidang DUN,Pelancongan,Tempatan

Roland-Chia-1-394x500

KOTA KINABALU- Wakil rakyat Inanam, Dr Roland Chia menyarankan Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memajukan Tamu Tradisi dan Makanan Tradisi sebagai produk pelancongan baru di negeri ini.

Beliau mencadangkan supaya setiap PBT di seluruh negeri ini mewujudkan unit Pelancongan Tamu Tradisi ini untuk menaiktaraf infrastruktur tamu yang sedia ada.

“Kerajaan perlu membuat rombakan, transformasi secara besar- besaran dalam pengurusan dan pembangunan tamu- tamu ini supaya bukan sahaja ia dapat dinikmati oleh pelancong asing namun warga luar bandar turut dapat menikmati penjanaan ekonomi melalui hasil jualan mereka,” katanya ketika membahas Ucapan Dasar Kerajaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.

Selain itu, beliau turut menyarankan Sabah memerlukan lebuhraya kedua bagi menampung kesesakan lalu lintas di negeri ini.

“Lebuhraya sedia ada hanya sesuai untuk kegunaan lampau dan tidak mencapai objektif semasa dan masa akan datang.

“Maka kita perlukan lebuhraya yang lebih daripada satu untuk melalui lebih daripada 20 pekan dan kota,”ujarnya.

Tambahnya,negeri ini memerlukan lebih daripada dua jejantas bertingkat dan juga ‘U-turn flyover’ untuk mengatasi kesesakan jalanraya di setiap utama di Bandaraya Kota Kinabalu. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan