Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Tamparan hebat kepada Abu Sayyaf’

ANGGOTA tentera membawa mayat rakan setugas yang maut dalam pertempuran dengan militan Abu Sayyaf pada 11 April. FOTO AFP

Manila: Tentera Filipina yang bertempur dengan militan di wilayah tengah negara itu membunuh seorang komander Abu Sayyaf yang didakwa bertanggungjawab memmenggal dua tebusan warga Kanada dan seorang Jerman serta dipercayai dalam perjalanan melakukan satu lagi misi menculik.

Ketua turus tentera, Jeneral Eduardo Ano memberitahu wartawan, tentera menemui dan mengecam mayat Moammar Askali atau Abu Rami di tempat pertempuran, kampung di pedalaman Pulau Bohol.

Lima anggota Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran itu semalam, bersama empat askar dan anggota polis.

Ano berkata, tentera merakam gambar mayat Moammar dan disahkan oleh anggota Abu Sayyaf yang ditawan.

“Ia tamparan hebat kepada Abu Sayyaf,” kata Ano. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan