Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tambang teksi “Cekik Darah”?

KOTA KINABALU: Orang ramai diseru agar membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung masalah tambang teksi di sekitar Kota Kinabalu yang mengenakan harga yang keterlaluan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid berkata orang ramai seharusnya berani untuk tampil membuat laporan berhubung masalah ini agar mendapat penyelesaian yang sewajarnya.

“Jika orang ramai hanya memuat naik masalah tambang teksi ini di laman sosial tetapi tidak membuat laporan kepada pihak berwajib ,masalah ini tidak akan selesai,”katanya.

Tambah beliau, pihak pengusaha teksi juga seharusnya tidak menjadikan alasan kenaikan harga minyak untuk mengenakan tambang yang keterlaluan kepada penumpang.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena perasmian majlis penutupan program Cekap dan Pelancaran “2016 Substance Awareness Calendar” di Ibu Pejabat Polis Kepayan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Gambar Oleh Alexion Mairin
Datuk Jainab ketika sidang media- Gambar Oleh Alexion Mairin

Komen


Berita Berkaitan